Thursday, 31 January 2013

Ice Cream time.....

Salam..... Hari yang indah.... dah agak lama tak updated blog.... kali ini tayer nak share resepi buat eskim.... Aiskrim... yup.. selalu asyik beli jerkk kali ini kita buat ar apa lagik.... seyes simple giler.... macam biasa segalanya dihujung jari... just taip jerkk keluar ar resepi tu dek non oii... so dah godek2 dapat ar resepinya...

Yang oren tu  ar Ovalette (untuk gebukan eskim korang)
Bahan2nya 


  • 1 sudu besar ovalette (yang kaler oren tu)
  • satu cawan susu ful cream / 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat manis / 4 sudu gula
  • sebiji telur
  • sebungkus biskut oreo
  • 2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara membuatnya

  1. Campurkan semua bahan di atas.. sayer tak ader mixer so pakai blender jerkk r macam beser....
  2. Bahan2 di yang di mix akan naik sekali ganda- so jgn bubuh sekali banyak ti melimpah pulak
  3. Bila adunan dan sebati... masukkan dalam tupperwear... atau bekas yang korang suka...
  4. Hiaskan kat atas eskim korang tu oreo...
  5. Kalau nak letak perisa coklat atau strawberry.. letakkan perisa tu masa blender tadikkk 
  6. Masukkan dalam peti ais atas sekali... tak payah tutup tupperwear tu nak kasik keras...
  7. Deja blend sekali lagik lepas eskim dah masuk peti ais 2 jam nak kasik halusssssss......Kalau korang tak nak buat pun tak apa......

Masuk ar dalam bekas yang korang suka... tak payah tutup bekas tu  tau...
Bila dah keras letak ar coklat cair ker apa2 saja yang korang suka...

-selamat mencuba-

Wednesday, 16 January 2013

Baru ar Org Melaka........

Resepi Asam pedas ikan Sardin

Asam pedas ikan Sardin
Salam kawan-kawan.... macam biasa ar.. kali ini kita nak ajar u olss masak asam podeh... asam pedas nie sinomim dengan orang Melaka.... so sebab Deja asal Melaka kat Alor gajah sempadan ngan Negeri sembilan of coz ar.... Asam pedas dan juga Masak lemak cili api.. antara menu utama di rumah.... Asam pedas nie boleh masak macam-macam cara, guna ikan, guna ayam, guna daging... tp kali ini Deja nak tunjuk Asam Pedas Sardin. Kalau nak tukat dengan ikan lain ikut jerkk resepi di bawah nie... So tanpa berlengah2 lagik ayuh kita chech resepinya..

Bahan-bahannya (Msk untuk 2 Org)
4 ulas bawang puteh*
2 labu bawang merah* ( saiz yang sedang2)
1 inci Halia*
1 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas* (tak letak pun tak apa)
3 biji buah keras
(kisar bahan-bahan di atas)
1 senduk nasi cili blend / giling (Deja tak suka guna cili boh rasa dia lari ti)
Semangkuk kecik air asam.. (letak sikit-sikit dulu)
1 tin sardin saiz sederhana
1 Sudu kecil serbuk jintan manis
1 Sudu kecil serbuk lada hitam / lada hitam yang ditumbuk
1 sudu kecil mix herb -halba / biji sawi/ jintan (selalunya ada jual sekali dalam paket)
2 kuntum bunga kantan (belah dua) - Deja tak letak sebab tak ada
4 batang bendi
secekak daun kesom (sedap daun nie... dia akan menaikkan bau dan melazatkan rasa asam pedas) -kal;au tak letak tak apa

Cara-caranya
Tumiskan bahan yang dikisar, serta mix herb, jintan manis dan lada hitam, tadi sehingga naik bau dan minyak...
Masukkan cili blend tumis sampai agak garing
Masukkan Sardin dengan kuahnya sekali...
Masukkan air asam gaul mesra
Masukkan bendi, daun kesom, bunga kantan
masukkan garam (deja guna pasti sedap jerkk)
 Tunggu sampai mengelegak.. sedia dihidang

Tips ringkas
Tumis semua bahan kisar, cili, mix herb, jintan manis and lada hitam
masukkan ikan sardin
masuk air asam..
masukkan sayur-sayur (bendi, bunga kantan, daun kesom)
Masukkan garam

Tuesday, 15 January 2013

(Resepi) Cheese Cake Oreo (non baked)

Salam...... kali nie... ai nak post resepi cake lak.. wah mantop tak and terre tak ai leh wat cake hahahhahaha.. puji diri sendiri.. huhuhu.. saja teringin buat kek nie bukan apa.. memandangkan rege kek mahal... nak buat baked care tak dapek.. sebab tak ader oven so kita buat kek yang tak perlu dibakar iaitu... Oreo cheese kek nyummeh... so jom kita tgk bebahannya...


Bahan-Bahan :
packet Biskut Oreo  (i guna biskut stereo jerkk) murah sikit....tp adalah beli biskut areo packet yang kecil tu ada 7 keping dalam dia untuk decoration...

1/2 butter yang dilembutkan pada suhu bilik
250gm Cream cheese 
200gm - aku guna 2 cawan whipping cream - sebab tak ada timbang.
1 cawan full cream milk - sebab murah (tak nak susu leh guna yogurt )
 3 sudu besar gula macam tu
satu penutup  esen vanila 
2 sudu gelatin - gelatin nie bancuh dengan air panas -dua sudu gak... (gelatin nie untuk keraskan kek.. and cantikkan structur kek supaya ia keras bila berada di suhu bilik...(tahan sikit jerkk)
p/s i terbancuh gelatin nie guna 1/12 cawan air.. haaaa kau salah baca direction... ingat tak jadik kek ai.. sekali ok jerkk- perh malam tu dah frust gegila dah ingat kek akan cair.. last ok jerkkk (happy)


Barang-Barang yang diperlukan.. i tak ada mixer so guna blender jerkk ar.. hahahahhahah 

 Cara-cara membuatnya

Bahagian Base (bawah sekali)
  1. Kita buat bahagian bawah sekali - hancurkan biskut oreo (buang cream dia tau...) deja masuk semua biskut dalam plastik and hancurkan gun lesung jerkk...
  2. Kemudian gaulkan biskut tadi dengan butter.. deja guna separuh dari butter yang sebiji tu... kalau agak2 butter korang tak lembut gi.. masuk dalam microwave selama 10saat... and tambah masa lagi kalau lum cair... 
  3. Gaulkan biskut dan butter sampai korang leh kepal-kepalkan biskut oreo tu (macam doh)
  4. Deja tak ada bekas yang sesuai.. so guna tupperwear jerkk.. so kena alas dulu dengan plastik supaya mudah nanti nak keluarkan kek dan tidak akan mencederakan tupperwear kesygan mak korang atau korang punya huhuhuhu.. 
  5. Letakkan dan ratakan biskut oreo tadi sebagai base.. tekan2 kasik rata... seluruh penjuru dan bahagian tupperwear..
  6. Masukkan biskut tu kat bahagian beku sebentar nak kasik dia keras.. sementara tu kita leh buat bahagian cheese pulak.
Bahagian Cheese
Rupa Oreo Cheese kek bila dah keras....
  1. Pukul Cream Cheese dengan gula sampai dia kembang... Deja macam biasa tak ada mixer guna blender jerkkk (jahanam ar blender huhuhuhu) - sebab cream cheese nie pekat.. so agak sukar nak pukul dengan blender. Kalau kacau guna tangan ada ar 20 minit.. huhuhu
  2. Dah kembang masukkan semua bahan, cucu, whipping cream, esen vanilla pukul sampai sebati jerkk tak perlu sampai kembang sgt. 
  3. Then bancuhkan gelatin tadi dengan 2 sudu air panas dan masukkan dalam aduanan tadi.... (bukan 1 1/2 cawan tau) hahahahha
  4. Kacau sampai semua sebati...
  5. Tuangkan dalam bekas yang isi oreo tadik.. dan boleh ar selang selikan dengan letak oreo.. untuk decoration... 
  6. Deja letak marshmallow atas dia...
  7. Kemudian simpan dalam peti ais.. selama 4-5 jam.. nak lagik beshh wat malam.. pagi esok baru makan...
Topping
Taraaa dah siap toping coklat.. nyummeh
1/2cawan Whipping creame
coklat masakan - ikut banyak mana korang nak...
  1. Untuk mengelakkan rasa mual dan muak bila makan... deja tambahkan coklat atas dia... 
  2. Panaskan 1/2cawan Whipping creame.. bila dah mengelegak tutup api dan masukkan coklat masakan yang korang dah patah-patahkan jadi kecil.. kacau sampai coklat cair...
  3. Kemudian curahkan atas kek tadik... sebelum tu buang ar plastik yang letak bawah dia huhuhuhu
  4. Taraa sedia untuk di hidang... nyummmeh..
Pesanan ringkas
  1. Oreo gaul dgn butter
  2. Cheese cream putar dengan gula dan kemudian Whipping cream, esen vanila, susu dan last masukkan gelatin
  3. Tuang dalam bekas  hias dengan oreo.. dan apa-apa  yang korang suka...
  4. Nak sedap letak ceklat or filing Blueberry ker.. strawberry ker.. mana-mana ar
-Selamat Mencuba-

Aduh terjatuh sudeyyyy


Salam.. aduhh.. sakitnya...... ari nie bersemnagat nak gi kerja..... macam biasa sebagai.... awek bikers yang cemerlang.. aku gi kerja naik motor ar.... so dengan bacaan Bismillah aku pun keluar umah... sekali.. kaki kiri aku termasuk kat jeriji besi.. adoiii sakitnya... MBJ aku lak hempap aku.. huhuhu.. nasib motor tecik kalau motor besar.. tak apa jadi kat aku.... so aku pun calling 4 help...BBBB laki aku yang mamai baru bgn tido pun datang.. bantu huhuhu.... sapu ubat semua... aku sms bosh kata aku masuk lambat..

Apa boleh buat benda dah nak jadi.. Alhamdulillah.. aku just luka kecil and bengkak sikit jerkk... huhuhuhu

Monday, 14 January 2013

(Resepi) Pancake simple



Salam... Macam biasa.. ari nie.. resepi western agik..... so kali nie nak share pulak resepi pancake... dasyat tak tekak ai.... nak makan pancake hahahahha.... mengalahkan tekak org mengandung...so citer banyak tak guna.. meh kita tinjau-tinjau resepi....

makan dengan nuttela 
 
makan dengan jem stawbery

Bahan-bahan: (untuk 2org)

  1. 2 cawan Tepung gandum - Cawan deja kecik jerkk tau
  2. 1 kotak susu- susu dutch lady yang kecik tu... anggaran 1 cawan macam tucawan keccik 1 1/2 cawan
  3. 3 sudu besar gula
  4. 2 sudu minyak / 2 sudu butter - butter dah abish so deja guna minyak jerkk 
  5. 1 sudu kecil serbuk penaik/baking powder
  6. 1 sudu tartar cream - tak letak pun tak apa.. deja letak sebab ada kat dalam peti ais..
  7.    1 biji telor
  8.    2 sudu Mayonis - kalau letak ia akan    menjadikkan pancake kita gebu ..
  9.    1sudu kecik esen vanila @ satu penutup - deja tak letak sebab tak ada.


Cara membuat

Campurkan semua bahan dan kacau... macam bese deja tak ader mixer... deja guna blender jerkk huhuhu.. so kita blend jerkk semua bahan2 tu...agak2 semua dah sebati... biarkan selama 10-20 minit nak pastikan adunan tadik naik sikit so bila buat gebu and cantik naiknya...

panaskan kuali non-stick.... tp kali nie Deja tak guna kuali non-stick tapi guna kuali kecik yang biasa jerkk.. sebab tak pandai budget agik guna kuali nonstick tu... karang terbesar... tak sama saiz.. so kalau guna kuali biasa.. leh agak2.. huhuhu

Oleskan /  leserkan minyak kat kuali - guna kitchen tissue.. letakkan minyak... kemudian tuangkan aduan tadik.. sedikit demi sedit.. ikut saiz yang korang nak... biar sampai dia ada buih-buih.. kat tepung tu.. kemudian terbalikkan pancake tu..

agak-agak dah masak hidangkan bersama jem strawberry , nuttela, madu atau apa-apa jerkk yang korang suka..

sedap dimakan ketika panas... hmm.. nyummehh.. baru ar amerika.. huhuhu

ingat bhn2 pentingnya

2cawan tepung
1 kotak kecik susu / 1cawan susu
2 sudu gula
2 sudu butter / atau minyak masak.
1 biji telur nak boleh tak letak pun tak apa.
blend semua... siap..


(Resepi) Carbonara -ringkas

Salam... ari nie... Deja nak share ngan korang resepi Carbonara.... ari tu tekak nak try makan western pulak hahahaha... so.. kebetulan ader beli macaroni and sos carbona Prego ( agak2 Prego byr royalti tak promote sos dia ) huhuhuhuhu so  Deja pun merajinkan diri yang agak malas nie membuatnya....sebab resepi tu yang paling simple and kebetulan semua bahan ada dalam peti ais....


Carbonara ringkas..... 
Bahan-bahanya...(2 org)

1 paket Macaroni - Deja guna setengah jerkk sebab makan 2 org
1 tin Prego carbonara
3 ulas bawang putih dicincang halus - nak lebih pun boleh.
1 labu bawang merah dicincang - yang kecik jerkk
1 sudu besar lada hitam yang dikisar kasar tak pun korang tumbuk jerkk...
1 kiub ayam
4 batang sosej dipotong-potong
2 keping daging beger (ayam) - Deja masuk dalam air nak kasik dia kembang... kemudian ramas2 daging beger tu... nak pakai daging cincang pun boleh lagik beshhh..

Cara-cara memasak

Rebus - macaroni .. letak sikit minyak zaiton atau magerin/butter tak nak bagik dia melekat.. dan licin...
letak sikit garam masa rebus tu..

Untuk kuah

  1. Tumiskan bawang putih dan bawnag merah... dengan menggunakan magerin / butter... bukak api perlahan kalau tak butter tu hangit... tp kalau tak ada butter guna minyak bese pun leh.. tp jgn letak banyak sgt... 
  2. Kemudian dah agak kuning2 bawang tu.. masukkan kuah carbonara prego tadik... dan tambah sosej dan daging beger yang telah di ramas tadi. 
  3. Akhir sekali letak kiub ayam dan lada hitam yang dikisar kasar tadi... rasa ar.. kalau tak cukup masin korang tambah ar garam... 
  4. Dah mengelegak dan daging kisar dah masak sosej nak empuk... sedia di hidang..
  5. Kalau ada oregano, letak ar atas dia...
P/s- korang leh gak tambah cendawan time masak tu.. and taburkan cheese masa nak hidang... sedap weii..... Deja just guna apa yang ada kat dapur... nak pedas tambah cili padi...

Selamat mencuba -Awek sakti yang chumel...

Sunday, 13 January 2013

(Resepi) Roti Jala Hijau....

Salam macam biasa.... agak kebizian dengan persediaan peperiksaan tu ar mude2 tak nak gi sambung belajau.. dah tua2 baru nak sambung (tua sgt ker) huuhuuhhu.... apa pun dalam sibuk2 study sempat ar gak wat roti jala... tp roti jalanya kaler hijooo 
Al kisah yang jadi hijaunya.. sebab aku tak ada pewarna kuning.. ri tu cuba guna serbuk kunyit nak jadikan kuning.. roti jala aku rasa tak beshhhhh



Macam biasa..aku tukang sediakan bahan2nya.. hencik syg tolong jalakan huhuhuhu.. kelas tak kerjasama di dapur huhuhuhu.....lagi satu sajer nak kepoh2 aku dah beli bekas 3 muncung tu... so senang ar sikit nak menjala... and bersemangat nak menjala huhuuhuhu... rege dia RM5 beli kat daisho IOI mall puchong.. (bgnunan baru tingkat2)- pakai botol 3 muncung nie lagik senang dah bersih... serta kemas hasilnya...

Bahan-bahan (2 org makan)
2 cawan tepung
21/2 cawan air
4 sudu minyak masak / Mentega
4 sudu santan - tak letak pun tak apa
sedikit garam
1/2 teh sudu kecik.. serbuk penaik - tak nak letak pun tak apa.. tp kalau letak dia gebu sikit
sebiji telur-tak letak pun tak apa
beberapa titik kaler hijau...


nak resepi yang ringkas nyer..
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
sedikit garam
beberapa titik kaler hijau/kuning.. ikut suka

Cara buatnyer..
sebab umah aku tak ader mixer and aku malas nak kacau2 guna tangan... so Blenderkan jerkk semua bahan2 yang diatas tu.. sampai sebati- pastikan tak pekat sgt tak cair sgt...

aku guna muncung 3 nie.... tuk buat roti jala... senang, kemas dan bersih..... :)


then masukkan dalam botol 3 muncung rehatkan adunan dalam 20 minit...
lepas tu boleh ar start menjala...leserkan minyak kat kuali nonstick and leh ar start mengala... aku guna tisu and leserkan minyak kat kuali... nak tahu cara menjala... leh ar ikut kat Mat gebu.


pastu hidangkan dengan kuah kari, sambal, atau serawa derian... mana2 yang korang rasa sodap ar kek tokak...